Life is in a fast lane. You can either stress out or enjoy what is aheads of you. It's the JOURNEY. =)

Monday, August 20, 2012

Aidilfitri 2012

20 August 2012, Isnin

MEET MY FAMILY :)


WE <3 you MAMA
Maaf atas kelewatan untuk blogging. Dunia terlalu busy dengan limpahan nikmat dari Yang Maha Esa. Alhamdulillah, Aidilfitri kembali menjelma tetapi dengan sedikit kekurangan. First time beraya tanpa Papa. Satu tamparan hebat buat saya. Sayu menjelma memaksa air mata turun membasahi pipi.


Haaa.. Syok beraya ke?? Amacam? Port folio bulan Ramadhan penuh tak?? Tak penuh la tuuu.. :P High-five! Kita geng! Ehh.. Betul ke? Jap jap.. Terlupa la.. Kuikuikui.. Saya puasa penuh kot.. Ada tinggal rasanya.. Hmm.. Confuse la pulak ^_^

Dah 2hari kita beraya kan? Sekejap ja masa berlalu... Next week? Perghhh!! Saya trial. OH NO!!!! So what?? Exam is only a written test. Cewaahhh!! Berlagak gila Amyra Hanani ni kan? Hehehe.. Not to say that trial in not important..

I HEART MY MAMA FOREVER!!
Sebenarnya, persepsi awak semua ni salah. Kita kena lah sambut Aidilfitri ni semeriah yang boleh. Mana tau next year kita tak kesampaian macam mana? Macam mana kalau salah seorang family kita dah tiada untuk Aidilfitri akan datang? Awak tau tak awak akan diselubungi dengan rasa bersalah yang teramat sangat!?!! Kehilangan seseorang yang awak sangat sayang akan menyebabkan dunia awak hancur berkecai tahu?! So, raya ni ambillah peluang bermaaf-maafan dengan ahli keluarga. Mintak ampun dekat mama awak semua, kakak, abang, adik, saudara-mara, sahabat-handai.. DUIT RAYA itu tak penting sebab itu nikmat tambahan dari Yang Maha Esa. Sepatutnya, kita utamakan KEMAAFAN daripada busy kumpul duit raya. Ingat! Duit raya tu bukan jaminan masuk syurga tetapi kemaafan yang membantu kita setapak menuju ke syurga. Insya-Allah :)
Arghhh!! Air Mata dah terkeluar!! >.<
I LOVE MY FAMILY.
Kalau ada konflik dulu tu, lupakan je lah. Buang yang keruh, kembalikan yang jernih. Jangan jadi macam saya. Saya kehilangan best friend saya sebabkan kami ada konflik. Hmmm... Saya dah mintak maaf. Saya dah maafkan dia. Saya tak tahu lah diri saya ni dimaafkan atau tak.. Sampai sekarang kami tak bercakap sangat.. Kalau cakap pun, tak semesra macam dulu.. I miss you Aliah.. Harap kita stay BFF. Rasa terseksa la kalau macam ni selalu :'(


First day raya, pagi melantak rendang. Makan sampai tak ingat dunia kot!! Then, malam tu mengidam nasi kandar. Kuikuikui..  Singgahlah kat Nasi Kandar Nasmir. Saya teringin nak makan nasi briyani tapi tak jual la pulak.. Hadoii.. Sebab kecewa sangat, saya pun melantak la nasi putih + lauk entah pape tu.. Hehhe
Puasa badan kurus, masuk Syawal, badan dah macam ikan bawal dah. hehhehe.. ;)

Second day raya, saya gi ziarah kubur Papa saya. Memang sedih la.. Air mata tak dapat tahan! Huhu.. Terkenangkan kesilapan saya kat papa saya. I love you Papa. I always do! :')

No comments:

Post a Comment