Life is in a fast lane. You can either stress out or enjoy what is aheads of you. It's the JOURNEY. =)

Sunday, September 2, 2012

Stranded on an Island !!

2 September 2012, Ahad

Hey! Sorry awak. Saya lama tak update blog ni. Busy ngan Trial SPM.. Errr.. Cepat kan masa berlalu? Pejam celik pejam celik... Dah sampai masa untuk Trial.. Pejam celik pejam celik dah kahwin ada anak.. Opppss.. Hehehe.. Terlebih sudaaa.. ;)

Okeh! Saya sebenarnya nak cerita pengalaman terkandas yang tak disangka-sangkakan. 31 Ogos yang lalu, semua dok busy sambut merdeka kan? Yang calon SPM pulak dok pulon study kan? [Psst padan muka! Hehe] Tapi... Saya, maksu, Adila and adik bongsu saya terkandas kat Penang.. Alaa.. Penang je pon kan? Hahah... Booo Amyra Hanani!! ^^''

31 Ogos 2012, saya gi jalan-jalan kat Penang sebab nak makan Seoul Garden.. Masa on the way tu... Kereta maksu rosak... Dah lar rosak atas feri pulak tu! Damn it! Cari publisiti murahan ja.. Hadoii.. Sampai ja kat jeti penang, terus cari workshop kat area Farlim [Taktau kalau wat dunno sudah!].. Unfortunately, kereta maksu tu kena stay kat workshop tu satu malam untuk repair.. Hmm.. Bermulalah pengembaraan yang di luar jangkaan. Lepas tu, kitaorang stay kat bus station tunggu bas.. Masa tu dah pukul 6pm.. Kami naik bas rapid 202 [Farlim-Jeti Pulau Pinang].. Ingat kan murah ja tambang.. Tengok-tengok kena caj RM8 untuk kami 4orang.. Hmm... Dah lar saya tak bawak duit banyak... Ada poket ada lebih kurang RM30 ja.. Pastu, kami drop kat Nasi Kandar Kapitan.. Perut lapar gila!! Tak makan lunch sebab nak melantak kat Seoul Garden.. hehehe.. Kerana Seoul Garden, perut binasa! Cewaaah!! Kedai kapitan tu tempat faveret arwah papa.. Hmm.. Terkenang nostalgia lama. Huhu.. Kami ingat nak balik Kulim ja, esok gi Penang balik.. Tapi, macam tak berbaloi ja.. So, kami sepakat untuk stay Penang ja..

Taken on 1 September 2012.
Lepas makan tu, saya kol mama.. Inform dia yang saya tak boleh gi Ipoh amik dia [balik naik train dari KL ke Ipoh] esok [1 September 2012] sebab kereta rosak.. Actually, saya gi Penang tu tak gitau mama pun. Langsung tak gitau! Hmm. Sayu ja dengar suara mama.. Dia nak naik train sebab perjalanan tak lama . Lebih kurang 2jam ja.. Tengok-tengok kena amik  bas yang perjalanan dia lebih kurang 6jam.. Dah lar mama balik sorang diri.. Saya rasa bersalah sangat-sangat sebab dah buat kat mama saya camni.. Saya pun tak expect benda camni nak berlaku.. Hukhuk :(

Adila [pakai kasut high heels], Rahmat [adik bongsu] and me
Kami stay kat An-Nur AnCasa.. Dia macam apartment la.. Satu rumah tu ada 3 bilik, 5 katil single kot!! Harga? Hmm RM220 sahaja! Ahah! Saya dah boleh jadi promoter dah ni.. Kuikuikui ^^
Selepas berjam-jam cari, at last dapat jugak! Jalan kaki dari Kedai Kapitan tu kot!! Dugaan~ Dugaan~
Kubur [Pandangan dari atas apartment]. Kubur hiasan ja.. Takdak mayat pun dalam tu
Kena keluar duit lagi.. Haishh.. Kami tak bawak apa-apa tau tak!!! Melegang ja sebenarnya pi Penang ni.. Hmm.. Malam tu, maksu and Adila jalan sampai ke Komtar sejauh almost 2km.. Tengok-tengok semua kedai kat Komtar dah tutup.. So, Adila and maksu jalan pulak kat area Parkson.. Just nak cari baju untuk pakai esok.. Kesian kan? Saya stay kat apartment sebab jaga Rahmat yang keletihan tu.. Tapi, harapan nak makan kat Seoul Garden kat Gurney Plaza still ada walaupun diduga sebegini.. Sebelum tidow, saya kol mama saya sekali lagi.. Explain everything.. Gitau mama plan kitaorang sepanjang kat Penang.. Hmm.. Saya menangis kot sebab rasa bersalah sangat.. Hopefully mama tak perasan saya nangis.. Mama kata, "Just be careful lah. Jaga adik-adik tau. Maybe papa suruh adik [saya] and others enjoy. Kalau nak gi mana-mana, stay together. Jangan berpecah". Saya rasa lega sikit... Saya takut mama risau ja.. Tak pasal-pasal nanti spoil ja mood vacation mama kat KL..

Ilham arkitek Melayu yang billionaire. Kreatif kan?
The next day [1 September 2012], kami bangun awal pukul 8am. Kami jalan merentasi 4blok and almost 20minit just nak breakfast...Kami lalu kat Campbell's Street.. Hehehe.. Sewel kan? Well, you can say so.. Ni semua kerja gila maksu saya yang teringin nak makan roti canai femes.. Dia kata roti canai tu keluar TV kot!! Hmm.. Kedai tu kat tepi jalan ja.. Berdekatan ngan Nasi Padang International (NPI).. Hah? Kedai makan ni (NPI) pun sedap kot!! Selalu lunch kat situ dengan arwah papa kalau kami sekeluarga stay kat Penang... Arghh!! Satu lagi kenangan nostalgia!! Memang sayu jaa hati ni... Huhu.. Tapi kan.. tengok-tengok roti canai yang kononnya "sedap" tu... Perghh! Cam shit ja! Dah lar mahal.. 1 roti canai + seketul ayam kari = RM6 !! Grrr!! Menyesal !

Dalam pukul 10am, kami check-out. Tunggu bas lagi sekali.. hmm.. Kali ni, kami tunggu bas almost 1 jam kot! Kami naik bas rapid HopOnFree sebab nak jimat duit. Bas ni drop kami kat Komtar. Dari terminal bas kat Komtar, kami naik bas rapid 101 untuk ke Gurney Plaza.. Hmmm.. Bas rapid 101 ni stop jauh gila kot dari Gurney Plaza. Kena jalan kaki sejauh 750m.. Hadoiii.. Kesian tengok Adila.. Dia tak bawak selipar.. Pakai high-heels sejak awal sampai lah balik.. Kaki dia melecet terokk kot!!

Dalam pukul 12pm, kami sampai ke Gurney Plaza!! At last !!! Yayyyyy!! Hah! Apa lagi..?!! Cepat-cepat ahh menuju ke Seoul Garden!! Bayaran dia mahal nak mampus.. Tapi, syarat dia.. Eat all you want.. So, selagi lapar, makan dan terus makan.. Bak kata broken pepatah, "Eat till you die!!" hahaha.. Kami melantak entah apa-apa kot!  Makan kat situ sampai pukul 2pm, almost 3hours kot!! Memang berbaloi kot kalau makan banyak! Air top-up free.. Makan boleh tambah and tambah lagi.. Tapi, kalau kita amik makanan tu tapi tak habiskan.. Kita kena denda! Every 100g kena caj RM5.. So, makan pun kena beringat ya.. eheheh.. After that, kami window-shopping.. Hmm.. Tak beli apa-apa pun sebab perut boroi nak mampuihh!! Tak larat jalan!! kuikuikui ^^

Dalam pukul 5pm, kami gi Farlim untuk amik kereta.. Hmm.. Legaa.. Dah elok pun kereta tu! Kalau tak, stranded lagi satu hari lah jawabnya! hehehe

Pengajaran :
- Mintak lah kebenaran mama awak kalau nak gi mana-mana untuk keberkatan :')
- Be prepared with all of the unexpected situations!
- Jaga adik-adik awak setiap masa.
- Bawak duit banyak-banyak kalau nak gi berjalan! [Khas untuk Amyra Hanani] ^^

No comments:

Post a Comment