Haloooo !! Awak semua apa khabar ? Semoga mendapat keredhaan dan keberkatan dari Yang Maha Esa. Ok, nak cerita ni.. Tu hah.. Tajuk pun dah dupdapdupdap kan !? Heee.. Result SPM 2012 dengan rasminya dikeluarkan pada 21 Mac 2013. Hari bersejarah bagi semua calon SPM 2012. HAHA.
Saya tak rasa apa pun.. Hok oloh ! Pelikss ! Heee.. Ada sehari tu ja saya mual-mual pasal result SPM.. Hahaha.. Lepas tu, saya feelingless ~ Bajet cam dapat straight A's kan ? HAHA
# This is my TRIAL SPM 2012 #
Nampak ? Saya ni average sahaja. Tak pandai tapi tak juga bodoh. Heeee.. Tapi, apabila kita BERUSAHA. TAK PUTUS ASA.
Ini yang saya dapat...
# SPM 2012 #
![]() |
| 3A+ 2A 3A- 2B+ |
Alhamdulillah ! Inilah usaha saya ! Allah swt telah berikan Yang Terbaik ! Sumpah ! Saya happy gila ! Takdak langsung perasaan cam tak boleh nak terima kenyataan bagai ! Hehh ! Takdir Allah swt sentiasa benar ! Pasti ada hikmah di sebalik result ini ! :D
Awak, siapa tak happy bila dapat 8A kan ? Of course lah saya target Straight A's. Bak kata papa saya, "If you want to set a TARGET, target to the highest limit !" Bermula dengan USAHA, berterusan dengan DOA dan berakhir dengan TAWAKAL ! Maka, kejayaan akan menjadi milik kita. ! JANGAN bandingkan diri kita dengan orang lain ! Rezeki semua orang lain-lain !
Awak, saya antara yang kurang bernasib baik.. Tahun 2012 detik paling sedih ! Paling down ! 29 Mei 2012... Saya kehilangan Papa saya ! Apa awak rasa kalau tahun awak exam paling penting, tapi awak kehilangan orang yang awak sayang !? Frust gila kan ? Saya mengumpul kekuatan di saat rapuh.. Saya mengukir senyuman walaupun saya sedang sedih. Saya menggembirakan hati orang lain di saat hati saya sendiri sedang bersedih.. Alhamdulillah, semua orang nampak saya happy.. Itu yang saya mahukan ! Awak, bayangkan situasi saya ? Tapi, saya tak salahkan takdir. Saya redha dengan ketentuan Allah ! :')
Apa yang penting tentang result SPM ni ? Hmm.. Bagi saya, cukuplah sekadar keputusan ni dapat menggembirakan hati mama saya ! Alaa.. Yang subjek yang dapat B+ tu pun just Physics and Chemistry.. Subjek yang tiada kaitan dengan karier masa depan saya.. Heee..
Awak, doakan saya berjaya dalam bidang Bisnes Korporat tau ! Saya nak menakluk dunia antarabangsa suatu hari nanti ! Bukan gila harta tetapi Insyallah kekayaan yang Allah bagi tu, saya akan manfaatkan ke jalan Allah ! Doakan saya sukses sampai ke peringkat yang tertinggi !
Saya bercita-cita besar nak ke Mekah pada umur 23 tahun. Nak buat Haji. Insyaallah kalau dah ada rezeki yang cukup.. Heee :)
#Teruskan membaca ! Ada banyak lagi yang saya nak share ! :D


No comments:
Post a Comment