Life is in a fast lane. You can either stress out or enjoy what is aheads of you. It's the JOURNEY. =)

Friday, May 16, 2014

Kembara Hanani(s)

16 Mei 2014, Jumaat

Haiiii, harini saya free so saya update blog ! hehehe

Okeh ini cerita semalam. Sorry laaa sejak akhir-akhir ni cerita saya one day late ^^"
Ini tajuk Kembara Hanani ya ! Bukan Azfa Hanani ~ Bukan Kembara Amira ya ! hahahhaha..
Hanya orang Utara faham apa yang saya katakan niii ! Well, I am the lucky one ! I was born to be awesome ! Teehee ! ^_^


Semalam saya, kakak kedua and Adila pergi ke pejabat headquarters mara kat KL.. Kitaorang ada urusan sikit.. Almaklumlah hidup ni terlampau sibuk gituuu ! kahkah !
Drive from Aman Perdana to KL Sentral. Then naik lrt untuk ke mara HQ tu.. Tak sanggup eden hadap jammm kat KL tuuu ! Sumpah frust ! Naik public transport rasa heavennn ~ Ushaa sekeliling ~~ Bangunan lama-lama ~ Tidoq ~ Semua boleh buat ! hehehe

Urus urusan mara tu sekejap je.. Then pastu haaaa apa lagiiiiiiii... Berjimba sakan lah kami bertiga !! Yaaay ! Menjelajah kota raya Kuala Lumpur! Berjalan kaki keliling sogo kl.. Then berjalan kaki ke sekitar masjid jamek kat jalan tunku abdul rahman ! Perghhh shopping heaven dohhhhh !! XD

Saya beli 6 pasang telekung lycra untuk kami 4 beradik + mama + nenek ! Tiba-tiba mood shopping tu datang melampau-lampau ! Cash in hand memang keluar zaaappp! macam tu je ! Aduuuh ^^"
Haaa ! Telekung lycra tu macam-macam warna.. Ada warna pink, merun, ungu, biru laut, hijau and light orange..! Saya pilih warna hijau yaaay ! Sebab warna hijau tu warna favourite bestfriend saya ! And masa beli tu tiba-tiba teringat kat Aimi Nabihah, so saya pun pilihlah warna hijau ! Kononnya dapat bonding ngan Aimi laaa... wekekeke .. Puiiii hahaha

Then, kami borong tudung.. Sekadar buat collection peribadi gituuu... Ermmm kami beli 20 tudung pelbagai jenis ! Last sekali before balik, saya beli jubah ! Woowoot! Jubah tuuuu !hhahahhaha.. Bila masa nak pakai saya pun taktauuuuu ! Hahahha... Nampak anggun sangat terasa pelik ~ Tak kena dengan jiwa la pulak ! Saya ni lady boss, saya prefer long pants daripada kain labuh ~ Kainnnn pfftttt too feminine lorh ! kahkah ! Gila bapak ahhh ! Sekali nafsu shopping datang, rabakkk poket nii sebab duit mengalir keluar ~~ -_-

Time balik tuuuuu, kami sesat ! Siyes lawak ! Macam orang kampung masuk bandar gituuu ~ Dok buat pening-pening lalat seorang diriiii ~ hahhaha.. Actually macam niii, masa pergi tuuu.. Kami dari KL Sentral then turun kat Medan Tuanku sebab dekat ngan bangunan mara tuuu....

Lepas urusan mara tu, kami kan jalan-jalan sekitar masjid jamek tuuu.. Kat situ kan ada lrt.. Haaa ! Masalahnya kami taktau lrt tu turun kat mana.. Dah laa tak ingat kami parking kereta kat mana.. Yang saya tau, saya parking kat stesen minyak petron. Jalan sikit dalam 5 minit camtu dah sampai KL Sentral..

Kan lrt ni ada banyak jenis dan laluan lrt berbeza ~ Tapi ada je joining section kat setiap route tuu.. Adoiyaiii ~ Haa mu pahe dop ? Dop pahe ? Dop pahe takpo lah ~ Eden pun taktahu nak explain macam mana ^^"

Kami amek lrt dari masjid jamek then turun kat KL Sentral.. tapi bila dah turun kat KL sentral tu terasa pelik semacam sebab tak pernah nampak sekeliling tu..

Pastuu.. Pastu terus declare sesat ~ hahaha.. Kakak kedua saya terus direct ke information kaunter and cakap macam ni, "Kak, kami dah sesat ~"

Lol,, all of sudden terus cakap camtuuuu ? Maluuuuuu kot !! hahahhaha >.<
Kakak saya cakap, "Kami rasa masa datang ke sini naik lrt lain.. Sepatutnya ada checkpoint tun sambanthan, imbi, blablablaa"... Kat peta kat kaunter tu, kak saya tunjuk laluan yang sepatutnya kita lalu tadi,,

Pastu kakak kaunter tu kata, "Ouhh kalau macam tu, adik pergi straight je, pastu ke kiri.. Pastu beli tiket lain kat sana"

Kami pun ikut arahan dia.. Ingatkan kena beli tiket lain.. Rupa-rupanya.. Bila dah ke kiri tuu, dia macam ada shopping complex and ada satu jambatan yang link ke the other side.. And the other side tu lah tempat kami parking kereta awal-awal tadi ! hahahaha

Apa-apa pun, adventure semalam antara yang paling best ! Sesat bukan bereti sesat selamanya kan kan ? ^^
And yes of course... Pengalaman mendewasakan kita.. Hidup kita ni kena ada ups and dowms baru kita tahu senang susahnya kehidupan sebagai seorang perantau. :)

No comments:

Post a Comment