Life is in a fast lane. You can either stress out or enjoy what is aheads of you. It's the JOURNEY. =)

Wednesday, May 8, 2013

Anugerah Cemerlang 2

8 Mei 2013, Rabu

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

 

Hari ini, saya terima hadiah sempena Hari Anugerah sekolah saya :)
Err,, hadiah untuk SPM (8A) tau tau.. Sebab tu tajuk post ni "Anugerah Cemerlang 2" sebab saya hari kedua.. Best friend saya (Husna) first day sebab dia dapat 10As (daebakk ! daebakk ! ). HAHA

 

Thanks for appreciating my efforts eventhough saya tak dapat straight A's.. Seperti yang saya katakan, saya adalah insan yang average. Tak pandai tapi tak juga bodoh. Mempunyai akal yang masih waras.. Segala-galanya bersyukur kepada Allah swt pemberi segala nikmat ini. :)

Kehadiran saya ni tak penting sangat.. haishh.. Orang sekeliling lebih usha kereta Evo milik arwah Papa saya tu.. hahaha.. Bayangkan seorang perempuan baru berusia 18 tahun tapi dah bawak kereta Sports Car ! Woohoooo... ! (Riak sebentar).. HAHA.. Make up pi lah setebal mana pun diri ini tapi kereta Evo juga yang jadi perhatian.. ~ #SadLife. Hahahhaa





Sebenarnya, tak terniat pun nak bergaya bagai dengan kereta mewah tu.. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kepada saya untuk merasa nikmat drive kereta mewah.. Tapi, sebenarnya.. Saya takdak pilihan lain.. Kereta tu ja pun yang ada kat rumah untuk pakai.. Kereta van semua kakak saya dok guna..
Saya anggap semua ini rezeki yang turun dari langit.. Hehehe.. Alhamdulillah ! Alhamdullilah !
Lepas ni, doakan saya berjaya dunia akhirat.. Dah kaya raya, Insyaallah saya beli sendiri kereta sport hasil titik peluh saya ! :D

Walaupun bergaya dengan Evo, tapi saya tetap diri saya.. Takdak perbezaan status.. Di mata cikgu, saya masih seorang pelajar. Saya tetap akan respect cikgu-cikgu saya. Saya masih Amyra Hanani.. Badlishah mengenali saya sebagai seorang yang ceria dan loklak.. hehehe.. Saya masih Joker hot di Badlishah.. Harap-harap laa.. hehehekk.. Junior yang tak kenal saya akan anggap saya sebagai kakak yang sombong dan cengih.. Sukati laa nak judge saya macam mana pun.. Yang penting, dalam ingatan tu nama Amyra Hanani tetap ada ! Cewahhh !!
#BajetNakPerhatian ~ hahahhahaa

Tapi kan.. Entah kenapa.. Saya rasa HAC tahun ni sangatlah bosan.. Adakah sebab ketiadaan Best Friends saya ? Atau kekalahan pilihanraya ? Atau hilangnya semangat dalam kalangan guru dan pelajar ? Allahuallam.

Permulaan majlis yang sangat slow. Ucapan yang terlampau lama menyebabkan saya kebosanan.. Harap maaf kepada pihak guru sebab saya berperangai sedemikian. Then, bila sampai je turn saya untuk menerima hadiah, oppsss ! Saya buat silap ! hehehhe.. Terlaju sangat.. Hoho.. Turun tangga tersenyum-senyum. HAHA. Semuanya nak cepat-cepat sebab nafsu bosan dah menguasai diri.. Untung sangat tak dapat first day.. ahhaha.. Kalau first day, sure bebai gila sebab protokol istana semua tuu.. Haigooo ! :3
Lepas tu, saya singgah gerai jualan anjuran pihak asrama kat padang daun lontar.. Dalam 30 minit camtu.. Ni semua sebab perut lapaq ~ hehekk.. Lapaq lapaq lapaq ! Tu ja kerja saya ! Hoho.. Muka tembam dah pun tak sedar diri ! Perut buncit pun masih syok sendiri.. hahahaha

Then, saya terus balik sebab saya terpaksa jumpa somebody.. Atas arahan Mama saya. Ceyy.. Macam spy pulak kan ? ahhaha.. Adila pun ikut sama sebab malas nak patah balik kali kedua.. Buat habis minyak ja.. Masa keluar pintu gate utama tu, ternampak Cikgu Rahim (Cikgu Disiplin).. Sekali lagi maaf cikgu.. Niat bukan untuk kurang ajar tapi keadaan memaksa saya buat camtu..

Apa-apa pun.. HAC kali ini berakhir dengan sangat tak meriah.. Hmm.. Sedikit kecik hati gak kat best friend (Aimi Nabihah) tu sebab dia tak jadi pi Badlishah hari ni tapi saya bersyukur juga sebab dia tak pi tadi... Kalau tak, mesti kesian kat dia sebab terpaksa menahan kebosanan selama berjam-jam.. :)

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. :)

No comments:

Post a Comment