Hari ni from ABC to 123 celebration ! But saya akan guna banyak 143 lagi.. Ehh ?
*Semua orang bendul ! * HAHA
Hari ni adalah Hari Guru. Endless day for today ! A great day to be remembered. A beautiful day to celebrate ! A special day to appreciate someone who is called TEACHER.
To be born with perfect IQ is impossible ! To be a great person is possible BUT with the help of the teacher of course (sejak bila pandai berbunga-bunga dalam English ni. Haishh). Hahhaaha..
Okayy.. Lama sangat terperap dalam rumah sampai rindu gila nak jumpa cikgu ! Ahh ! Bajet macam jarang pi skolah kan ? Aigooo Myra ! Muka hang ni 24/7 terpampang kat sekolah Badlishah sampai kena halau ngan cikgu kot ! (kisah benar). #Sadlife. HAHA
Saya rasa bersyukur sangat dapat menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berkat doa-doa cikgu semua, saya adalah apa yang cikgu nampak hari ni. Masih banyak yang perlu dipelajari dan masih banyak pengalaman yang perlu dicari !
# Terima kasih sebab tak jemu-jemu mengajar saya walaupun perangai saya yang suka cakap banyak.
# Terima kasih sebab memahami saya keluar kelas masa cikgu mengajar (sebab tak tahan dok lama sangat dalam kelas sebab mengantuk tahap dewa).
# Terima kasih sebab terus mengajar saya (walaupun saya tak pay attention).
# Terima kasih sebab cubit denda saya (sebab selalu bising masa cikgu mengajar).
# Terima kasih sebab tahan saya selepas perhimpunan (sebab kesalahan disiplin etc)
# Terima kasih sebab demerit markah disiplin saya (sebab tak siap homework).
# Terima kasih sebab mempercayai kredibiliti saya.
# Terima kasih sebab sudi masuk ke kelas saya dan mengajar.
# Terima kasih sebab menjadikan saya pandai.
Pendek kata, terima kasih atas segala-galanya ! Semoga cikgu semua dimuliakan darjat ! Semoga cikgu diberkati dan diredhai. Semoga sihat selalu agar dapat menjadi cikgu yang hebat seperti hari ini ! Alhamdulillah, saya dikelilingi dengan cikgu-cikgu yang ikhlas mendidik saya sehingga saya berjaya sehingga ke peringkat SPM dengan cemerlang !
Next step is Universiti. Semoga cikgu doakan saya berjaya dalam pelajaran dan dapat graduate dengan cemerlang, gemilang, terbilang (HUHA!)..hehhehe ^_^
Doakan saya supaya menjadi seorang insan dan seorang pemimpin yang berjaya. Insyaallah saya akan berusaha berbakti kepada Agama, Bangsa, dan Negara !
TERIMA KASIH CIKGU ! SELAMAT HARI GURU !
No comments:
Post a Comment